Monday, 28 November 2011

ENTRI KE-2

Dalam entri kedua, saya telah menulis mengenai pra penulisan dan perancangan-perancangan yang telah saya lakukan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Untuk entri ketiga ini, saya akan menerangkan tentang proses mengumpul maklumat dan data- data yang telah dikumpul.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sumber rujukan utama pelajar adalah perpustakaan. Namun yang demikian, tidak semua bahan rujukan yang diperlukan ada dengan mudah. Apatah lagi ramai pelajar menggunakan kemudahan ini menyebabkan rujukan sukar didapati. Nasib tidak menyembelahi saya apabila buku yang ingin dicari tidak jumpa kerana telah dipinjam oleh pelajar-pelajar lain. Oleh sebab yang demikian, saya telah memilih untuk menjadikan perkhidmatan internet sebagai sumber rujukan utama saya. Melalui kaedah ini, masa saya dapat dijimatkan dan maklumat yang diperolehi lebih tepat dan fleksibel.  Buku yang saya perolehi bagi membantu saya menyiapkan tugasan ini adalah “Keadilan Membebaskan Manusia” oleh Dato’ Harun Din. Kandungan di dalam buku ini tidak menepati ada yang saya inginkan. Oleh sebab itu, saya menjadikan buku ini sebagai sumber rujukan kedua saya.
Sumber rujukan utama saya ialah “ Konsep Keadilan Dalam Islam” oleh Majid Khadduri. Kandungan yang terdapat dalam buku ini banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini kerana banyak input dan data yg sangat berguna kepada saya. Selain itu, saya turut menggunakan laman sesawang bagi menguatkan lagi hujah-hujah saya. Saya melayari blog yang dimiliki oleh seorang penulis yang berbakat dalam pengkajian ini.
Akhir sekali, saya berharap kesemua bahan rujukan yang saya perolehi ini dapat membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini.

No comments:

Post a Comment